Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

NHRMC8

UUM ONLINE: Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Nasional (NHRMC 2018) yang mengangkat tema 'Managing Human Capital In Facing The The Fourth Industrial Revolution' menjadi platform untuk mempelajari tentang sumber manusia dalam membangunkan tamadun.

Persidangan selama sehari yang disertai lebih 50 peserta itu dirasmikan Penolong Naib Canselor COB merangkap Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Prof Dr Haim Hilman Abdullah di EDC Hotels & Resorts, pagi tadi.

Dalam ucapan beliau berkata, persidangan tentang sumber manusia tersebut akan memberi gambaran kepada peserta tentang pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi pengurusan sumber manusia yang merangkumi nilai-nilai dan prinsip yang wujud seperti telus, kebolehsuaian, kesederhanaan dan perpaduan yang menjadi faktor tambah nilai untuk mengekalkan dan diinginkan organisasi.

Menurutnya, nilai-nilai itu penting ke arah menentukan hala tuju dan strategi untuk terus melangkah maju ke arah amalan perniagaan mampan.

"Saya berharap persidangan ini dapat memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk sama-sama mempelajari tentang sumber manusia dan memanfaatkan IR4.0 untuk membangunkan tamadun," katanya.

Antara tujuan NHRMC adalah untuk menyediakan medan kepada pengamal sumber manusia, ahli akademik dan masyarakat untuk membincangkan strategi dan hala tuju semasa serta masa hadapan pengurusan sumber manusia, mengenal pasti cabaran dan peluang pengurusan sumber manusia di Malaysia dalam persekitaran sosioekonomi yang canggih dan semakin mencabar serta memberi kesedaran dalam kalangan pengurus dan pengamal sumber manusia tentang kepentingan langkah proaktif dan berterusan dalam pembangunan sumber manusia kepada organisasi dan negara.

Pada persidangan itu, Prof Dr Mohmad Yazam Sharif dari Asia e University turut menyampaikan ucaptama beliau, diikuti sesi paralel 1, 2 dan 3

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my