Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Iftarramadan

SBM ONLINE: Pada 6 Jun 2018 yang lalu, satu Majlis Berbuka Puasa Warga Kerja SBM telah diadakan di Restoran Tok Keramat, Jitra. Majlis ini melibatkan seluruh warga kerja SBM termasuk keluarga dianjurkan dengan kerjasama daripada Kelab Staf SBM.

Seramai 96 orang bersama ahli keluarga masing-masing telah berkumpul seawal jam 6.30 petang di Restoran Tok Keramat. Program ini bukan sahaja meraikan bulan Ramadhan malah sebagai medan mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga kerja SBM dan ahli keluarga.

Turut hadir memeriahkan lagi program berbuka ini ialah Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah seisi keluarga dan ahli pengurusan SBM yang lain. Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar dan ramah mesra di kalangan hadirin pada jam 9.00 malam.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my